



Sertai projek pertanian lestari terkini daripada kami untuk memperkasakan
ekonomi Petani & meningkatkan kesejahteraan komuniti
Projek Ladang Pokab Tris
Pokab Tris (Peach Palm) merupakan tanaman tropika bernilai tinggi yang menghasilkan umbut dan buah eksotik, dengan permintaan yang semakin meningkat di pasaran tempatan dan antarabangsa. Umbutnya terkenal kerana teksturnya yang lembut, rasa yang unik, serta kandungan nutrien yang tinggi — termasuk serat, vitamin A dan C, serta mineral penting yang menyokong kesihatan jantung dan sistem imun.
Potensi penggunaannya amat meluas, merangkumi pelbagai produk seperti salad, makanan dalam tin, sajian harian, snek, minuman, produk tenusu, suplemen kesihatan, kosmetik, bahan masakan premium, dan juga makanan ternakan.
Pokok luar biasa ini mampu menghasilkan hasil sehingga 75 tahun, dengan pulangan tahunan yang boleh mencecah lebih 35 kali ganda berbanding hasil tanaman kelapa sawit.


Pokab Tris Sesuai Ditanam Di Malaysia
• Kesesuaian Iklim Tropika – Ideal untuk iklim khatulistiwa Malaysia. Tahan musim hujan dan tumbuh pantas dalam keadaan panas, lembap.
• Kebolehsuaian Tanah – Sesuai dengan pelbagai jenis tanah di Malaysia. Mempunyai keperluan tanah serupa seperti Kelapa Sawit.
• Kemudahan Penanaman – Hasil pantas iaitu Umbut tahun ke 2 dan buah tahun ke 3.
• MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) menyarankan agar pokok ini ditanam secara integrasi dengan kelapa sawit kerana ianya berpotensi besar dari segi ekonomi dan pertanian lestari.
Pulangan & Peluang
Projek ladang Pokab Tris ini bukan sahaja menjanjikan hasil yang mampan dalam tempoh panjang, tetapi juga membuka peluang pekerjaan dan pendapatan kepada komuniti setempat. Dengan model pelaburan yang rendah dan pulangan yang tinggi serta lestari, projek ini berpotensi menjadi model ekonomi tani yang berjaya.


Anak Benih di Jeli Eco Farm
• Jeli Eco Farm membekalkan anak benih Pokab Tris yang berkualiti tinggi, disertai latihan penanaman dan penjagaan yang komprehensif
• Anak benih dihasilkan melalui proses pembenihan yang teliti dan berasaskan amalan pertanian lestari.
• Anak benih dipilih secara khusus untuk kadar pertumbuhan yang tinggi dan ketahanan terhadap penyakit
• Kami bersama anda dari awal hingga ladang anda berjaya, dengan tunjuk ajar praktikal dan profesional.